aku dan diriku

My photo
kota batu metropolitan
xdak apa2 yg menarik kot..malas la nk discribe..kang takabur plak jadinya..

Monday, November 16, 2009

Bicara tentang 'Dia'

Pagi itu..aku terjaga dari tidur agak awal..lebih kurang jam 5.30 pagi.."Aahhhh...masih terlalu awal..!!" keluh hatiku..Ingin saja aku teruskan dengan mimpi indah tadi..lantas aku mencapai handphone sony ericsson yg aku beli 4 tahun dulu..masih berjasa dia pada aku..Dengan titik peluh menjadi RA semasa menuntut di universiti dahulu..dapatlah aku merasa handphone yg agak majulah dikategorikan..walaupun selalu sgt dah asyik padam..buka..padam buka sendiri.."hehehehehe...ko lah nyawa aku" ketawa aku sendirian.

"nunite...miss u 2 n tc" itulah mesej terakhir aku terima dari 'Dia'..Tidak terbaca aku akan mesej itu pada mlm tadi. Terlelap aku tanpa sedarkan diri. Keletihan memunggah barang dalam store di pejabat ku pagi Sabtu lalu..barangkali.."hmmmmmmm...miss u 2 ***"bisik ku pada diri sendiri..dengan harapan 'Dia' mendengar isi hatiku ini. Perasaan yg telah sekian lama aku tidak rasakan.

"Assalamualaikum dik!!..Apa khabar?Sihat?" Sapa bos aku yg tiba2 muncul dari pintu pejabat itu.."Waalaikumussalam kak!!..Sihat..cuma badan letih sikit la..semalam tak dpt tido dgn nyenyak"..jawabku pada bosku. Aku lebih senang memanggil bosku dgn panggilan akak. Puan Natrah namanya. So..aku hnya memanggil dgn panggilan Kak Nat shj. Aku suka skali akan nama Natrah. Entah kenapa??..bg aku..Natrah sgt cantik sebutannya. Tapi..nama 'Dia' juga amat cantik bg aku..Secantik orangnya.."Beruntung lah siapa yg memiliki wanita pemilik nama 'N** H****h' itu"..bisik hati kecilku..Mengelamun sejenak aku bersama akhbar "Sinar Harian" ditangan. Tidak terbaca walau sebaris ayat sekalipun kerana 'Dia'..

bersambung..

No comments:

Post a Comment